Allah jadikan sesuatu perkara itu pasti dgn hikmahanya..samalah juga dgn bersahur..some people might think that bersahur isn't really important while continuing their sleep is much important then waking up early in the morning n eat at least kurma n air susu..kenapa semua ini berlaku?mungkin kerana kurangnya kefahaman akan pentingnya sahur which is sunat muakkad (sunat yang dituntut) hukumnya...
Hikmah bersahur :
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : ''Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya bersahur itu adalah berkat''
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : ''Perbezaan antara puasa kita orang Islam dengan puasa ahli Kitab ialah kita makan sahur''
Dan apabila kita bersahur...
-Allah S.W.T akan berselawat kepada mereka yang bersahur yang mana Allah akan memberi keampunan kepada hambaNya.
-Para Malaikat juga akan berselawat untuk orang yang bersahur yang mana Para Malaikat mendoakan untuk orang2 yang bersahur.
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur'' – hadith dari Ibnu Umar
Marilah kita renungkan bersama..InsyaAllah... :)